Tuesday, 26 March 2013
Cara Cetak T-Shirt (silk Screen printing)
Cetakan Sutera Saring
1.0 Pengenalan
Secara
ringkasnya cetakan sutera saring ini dipanggil sebagai cetakan
“Silkscreen”. Selain itu cetakan sutera saring ini juga dikenali sebagai
Serigraphy. Nama ini diberikan dari bahasa Latin iaitu “seri” yang
membawa maksud (silk) dan perkataan dari Greek iaitu “graphos” yang
membawa maksud melukis atau menulis. Di zaman dahulu penggunaan sutera
asli (silk) itu adalah sebagai bahan utama untuk dijadikan cetakan.
Namun demikian setelah masa berubah dengan kemajuan masa kini, maka
ianya telah ditukarkan dengan penggunaan bahan sintetik. Penggunaan
bahan ini juga mudah dan mempunyai ketahanan dalam menghasilkan sesuatu
karya.
2.0 Persediaan Dalam Membentuk
Dalam penyediaan stensil imej untuk kerja-kerja silkscreen, imej mestilah berwarna hitam atau putih (Black and White) samada untuk latar atau imej itu sendiri. Jika menggunakan komputer, anda digalakkan untuk mencetak imej ke atas plastik lutsinar (transparency) atau tracing paper bagi memudahkan proses pencetakan dilakukan. Namun begitu kita juga boleh mencetak imej pada permukaan kertas biasa, tetapi sebelum imej itu diekspose. Kita hendaklah menyapukan sedikit minyak pada permukaan kertas supaya imej mudah untuk dilihat. Untuk mengedit imej kita dicadangkan menggunakan perisian komputer seperti Adobe Illustrator atau Photoshop. Untuk melukis imej itu sendiri secara manual pun boleh. Ia adalah dengan melukis di atas kertas putih, dan kemudian menekapkan lukisan tersebut di atas tracing paper menggunakan marker hitam atau terus melukis di atas tracing paper.
3.0 Penyediaan Bahan dan Alatan
Bahan-bahan seperti Blok Silkscreen dan Lightbox adalah peralatan utama dalam proses kerja cetakan sutera saring ini kerana Lightbox ini digunakan untuk mengekspose gambar. Jika tiada lightbox, kita boleh membuatnya secara sendiri dengan penggunakan bahan-bahan seperti kayu, papan nipis atau papan, paku, penukul, staple gun, marker, playar ‘longnose’, gunting, skrew, skrew driver, musking tape, pembaris, lampu kalimantang, gergaji, kayu cermin lutsinar dan pisau. Kita boleh membuat sendiri Light Box (DIY) dengan menggunakan lampu kalimantang sebagai sumber cahaya selain menggunakan cahaya matahari. Bagi alatan mencetak pula kita perlukan Media Cetakan Silkscreen Dakwat minyak (oil base) atau air (water base), sekuji, scoop coater (pilihan), tape lutsinar, camca, spray gun atau spray, bekas plastik, photo emulsion, sensitizer dan hardener.
4.0 Proses Menyedia ”Photo Emulsion”
Dalam
proses penjagaan Photo Emulsion ini, kita harus memastikan ianya tidak
terkena cahaya secara terus untuk lebih tahan lama. Jika bekas photo
emulsion telah dibuka ia boleh bertahan sehingga 6 bulan dan jika
dicampur sensitizer tahan sekurang-kurangnya 3 bulan.
5.0 Proses Coating Silkscreen
Proses
coating hendaklah dilakukan didalam bilik yang mempunyai kapasiti
cahaya yang minima. Pastikan kain Silkscreen anda bersih. kita boleh
menggunakan sekuji alatan khas (scoop coater) untuk meyapu/meratakan
photo emulsion yang telah disediakan. Sapukan secara rata keatas
permukaan silkscreen. Anda boleh menyapunya di bahagian hadapan sahaja
ataupun di kedua-dua belah silkscreen. Setelah selesai, blok silkscreen
tersebut hendaklah dikeringkan (pastikan ianya benar-benar kering) atau
di tempat yang tidak bercahaya atau kadar cahaya yang rendah. Elakkan
meletakkan blk silkscreen di tempat yang terlalu banyak cahaya, kerana
ia akan menjadikan blok yang telah di coating rosak. Pastikan bahagian
hadapan mengadap ke bawah (imej mengadap ke bawah) dan tidak menyentuh
permukaan lain semasa proses pengeringan.
6.0 Proses Mengekspose Imej
Proses mengekspose ini haruslah menggunakan Lightbox mengikut masa yang telah ditetapkan. Namun begitu jangka waktu penetapan
dedahan cahaya ke atas sesuatu imej juga boleh berbeza hasil
keputusannya, bergantung kepada jenis Photo Emulsion, cara bancuhan dan
campuran, Jenis lampu yang digunakan, Imej (kejelasan). Segalanya harus
dilakukan secara berhati-hati agar tiada sebarang kesilapan.
7.0 Proses Menanggal Photo Emulsion
Setelah
tamat tempoh mengekspose, barulah kita boleh menanggalkan photo
emulsion selepas diekspose untuk menampakkan imej yang terhasil.
Mula-mula ratakan air dahulu ke atas permukaan silkscreen selama 30 saat
– 1 minit atau sehingga nampak imej. Kemudian halakan air samada
menggunakan spraygun atau paip biasa. Kemudian biarkan ianya terkena
cahaya matahari selama beberapa minit kemudian barulah imej itu sedia
dicetak keatas permukaan yang di ingini seperti pada Tshirt atau kertas.
Untuk mencuci block dari photo emulsion ini, kita boleh memadamkannya dengan menggunakan photo emulsion remover.
8.0 Proses Mencetak
Proses
mencetak haruslah dilakukan secara berhati-hati tetapi cepat. Supaya
imej yang terhasil akan tepat. Proses meratakan warna di dalam blok
haruslah menggunakan sekuji.
9.0 Proses Menanggalkan Warna
Thursday, 21 March 2013
Membekal T-Shirt
T-Shirt
ROUND NECK SHORT SLEEVE 100% COTTON,160GSM
RM 12.00
ROUND NECK SHORT SLEEVE 100% COTTON,160GSM
RM 12.00
ROUND NECK SHORT SLEEVE 100% COTTON,160GSM
RM 12.00
ROUND NECK SHORT SLEEVE 100% COTTON,160GSM
RM 12.00
**Minimum Order 15pcs
RM14.00/pcs <15pcs
RM14.00/pcs <15pcs
Wednesday, 13 March 2013
Cetakkan Silk Screen
Cetak Baju..
Harga Bergantung kepada Design(colour) dan Kuantiti.
Sebarang Pertanyaan Sila email ke mattrading@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)