Tuesday, 26 March 2013

Cara Cetak T-Shirt (silk Screen printing)

Cetakan Sutera Saring
1.0 Pengenalan
Secara ringkasnya cetakan sutera saring ini dipanggil sebagai cetakan “Silkscreen”. Selain itu cetakan sutera saring ini juga dikenali sebagai Serigraphy. Nama ini diberikan dari bahasa Latin iaitu “seri” yang membawa maksud (silk) dan perkataan dari Greek iaitu “graphos” yang membawa maksud melukis atau menulis. Di zaman dahulu penggunaan sutera asli (silk) itu adalah sebagai bahan utama untuk dijadikan cetakan. Namun demikian setelah masa berubah dengan kemajuan masa kini, maka ianya telah ditukarkan dengan penggunaan bahan sintetik. Penggunaan bahan ini juga mudah dan mempunyai ketahanan dalam menghasilkan sesuatu karya.

2.0 Persediaan Dalam Membentuk 
 Dalam penyediaan stensil imej untuk kerja-kerja silkscreen, imej mestilah berwarna hitam atau putih (Black and White) samada untuk latar atau imej itu sendiri. Jika menggunakan komputer, anda digalakkan untuk mencetak imej ke atas plastik lutsinar (transparency) atau tracing paper bagi memudahkan proses pencetakan dilakukan. Namun begitu kita juga boleh mencetak imej pada permukaan kertas biasa, tetapi sebelum imej itu diekspose. Kita hendaklah menyapukan sedikit minyak pada permukaan kertas supaya imej mudah untuk dilihat. Untuk mengedit imej kita dicadangkan menggunakan perisian komputer seperti Adobe Illustrator atau Photoshop. Untuk melukis imej itu sendiri secara manual pun boleh. Ia adalah dengan melukis di atas kertas putih, dan kemudian menekapkan lukisan tersebut di atas tracing paper menggunakan marker hitam atau terus melukis di atas tracing paper.

3.0 Penyediaan Bahan dan Alatan  
Bahan-bahan seperti Blok Silkscreen dan Lightbox adalah peralatan utama dalam proses kerja cetakan sutera saring ini kerana Lightbox ini digunakan untuk mengekspose gambar. Jika tiada lightbox, kita boleh membuatnya secara sendiri dengan penggunakan bahan-bahan seperti kayu, papan nipis atau papan, paku, penukul, staple gun, marker, playar ‘longnose’, gunting, skrew, skrew driver, musking tape, pembaris, lampu kalimantang, gergaji, kayu cermin lutsinar dan pisau. Kita boleh membuat sendiri Light Box (DIY) dengan menggunakan lampu kalimantang sebagai sumber cahaya selain menggunakan cahaya matahari. Bagi alatan mencetak pula kita perlukan Media Cetakan Silkscreen Dakwat minyak (oil base) atau air (water base), sekuji, scoop coater (pilihan), tape lutsinar, camca, spray gun atau spray, bekas plastik, photo emulsion, sensitizer dan hardener.

4.0 Proses Menyedia ”Photo Emulsion”
Dalam proses menyediakan Photo Emulsion kita perlu menyediakan 3 bahan asas. Antara bahan-bahan tersebut ialah Photo Emulsion (berfungsi sebagai merakam imej seperti filem), Sensitizer (fungsi pelengkap kepada Photo Emulsion) dan -Hardener (fungsi untuk imej bertahan lama dan menutup mana-mana silkscreen yang tidak / kurang terkena Photo Emulsion)
Dalam proses penjagaan Photo Emulsion ini, kita harus memastikan ianya tidak terkena cahaya secara terus untuk lebih tahan lama. Jika bekas photo emulsion telah dibuka ia boleh bertahan sehingga 6 bulan dan jika dicampur sensitizer tahan sekurang-kurangnya 3 bulan.

5.0 Proses Coating Silkscreen

Proses coating hendaklah dilakukan didalam bilik yang mempunyai kapasiti cahaya yang minima. Pastikan kain Silkscreen anda bersih. kita boleh menggunakan sekuji alatan khas (scoop coater) untuk meyapu/meratakan photo emulsion yang telah disediakan. Sapukan secara rata keatas permukaan silkscreen. Anda boleh menyapunya di bahagian hadapan sahaja ataupun di kedua-dua belah silkscreen. Setelah selesai, blok silkscreen tersebut hendaklah dikeringkan (pastikan ianya benar-benar kering) atau di tempat yang tidak bercahaya atau kadar cahaya yang rendah. Elakkan meletakkan blk silkscreen di tempat yang terlalu banyak cahaya, kerana ia akan menjadikan blok yang telah di coating rosak. Pastikan bahagian hadapan mengadap ke bawah (imej mengadap ke bawah) dan tidak menyentuh permukaan lain semasa proses pengeringan.

6.0 Proses Mengekspose Imej

Proses mengekspose ini haruslah menggunakan Lightbox mengikut masa yang telah ditetapkan. Namun begitu jangka waktu penetapan dedahan cahaya ke atas sesuatu imej juga boleh berbeza hasil keputusannya, bergantung kepada jenis Photo Emulsion, cara bancuhan dan campuran, Jenis lampu yang digunakan, Imej (kejelasan). Segalanya harus dilakukan secara berhati-hati agar tiada sebarang kesilapan.
7.0 Proses Menanggal Photo Emulsion

Setelah tamat tempoh mengekspose, barulah kita boleh menanggalkan photo emulsion selepas diekspose untuk menampakkan imej yang terhasil. Mula-mula ratakan air dahulu ke atas permukaan silkscreen selama 30 saat – 1 minit atau sehingga nampak imej. Kemudian halakan air samada menggunakan spraygun atau paip biasa. Kemudian biarkan ianya terkena cahaya matahari selama beberapa minit kemudian barulah imej itu sedia dicetak keatas permukaan yang di ingini seperti pada Tshirt atau kertas.
Untuk mencuci block dari photo emulsion ini, kita boleh memadamkannya dengan menggunakan photo emulsion remover.

8.0 Proses Mencetak
Proses mencetak haruslah dilakukan secara berhati-hati tetapi cepat. Supaya imej yang terhasil akan tepat. Proses meratakan warna di dalam blok haruslah menggunakan sekuji.

9.0 Proses Menanggalkan Warna
Jangan biarkan warna berada terlalu lama di atas silkscreen kerana warna boleh mengeras dan akan menutupi bahagian silkscreen anda. Kita harus terus membasuh blok silkscreen setelah selesai kerja-kerja yang telah dilakukan, begitu juga dengan sekuji serta alatan yang berkaitan. Jemur dan biarkan blok anda kering.

No comments:

Post a Comment